Sekarang, pihak bank cukup susah nak luluskan pinjaman rumah macam dulu-dulu.
Gaji banyak bukan lagi penentu.
Ada saja kes orang yang bergaji tinggi dan layak meminjam, masih tak lepas buat loan rumah.
Tak apa. Korang boleh mula jaga dan buat 6 perkara yang blog Loan Street kongsikan ini.
Mudah-mudahan, loan rumah korang senang lulus lepas ni.
Semakin banyak permohonan loan rumah ditolak.
Lebih kurang 35% permohonan pinjaman rumah ditolak oleh bank sekitar Januari hingga Jun 2015.
Kaji selidik yang ejen hartanah dan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REDHA) buktikan, ia meningkat sebanyak 6% berbanding tahun lepas.
Antara faktor yang buatkan permohoan kita ditolak adalah:
- Pendapatan pemohon yang tak memenuhi kriteria,
- sejarah kredit yang tak bagus,
- pembiayaan yang mempunyai keuntungan yang rendah, dan tak berikan dokumen yang bank perlukan.
Lebih kurang 46% permohonan ini ditolak untuk rumah yang berharga RM250,001 hingga RM500,000.
Dan 19% permohonan ini ditolak untuk rumah bernilai RM700,000 hingga RM1 juta.
Apa yang kita boleh buat supaya permohonan rumah senang lulus?
Biasanya, bank akan menilai jumlah yang kita boleh pinjam melalui 4 faktor ini:
1. Nisbah Khidmat Bayaran Hutang (DSR) kita,
2. profil risiko kita,
3. penilaian hartanah,
4. nisbah maksima Loan-To-Value (LTV) atau margin pembiayaan yang kita boleh dapatkan.
Yang mana bank akan tumpukan lebih perhatian?
Kiraan DSR dan profil risiko kita akan dinilai secara terperinci berbanding dengan penilaian hartanah, dan LTV maksima yang kita boleh dapatkan.
DSR akan tunjukkan kat bank keupayaan kita membayar hutang, dan mengira berapa peratus dari jumlah pendapatan yang kita gunakan untuk bayar hutang yang ada.
Ini formula kira DSR yang kita boleh buat:
- Nisbah khidmat bayaran hutang % (DSR) = Jumlah pembayaran hutang termasuk segala pinjaman (dari bank atau bukan bank) / Jumlah gaji bersih (lepas dah tolak EPF, SOCSO dan cukai).
DSR akan jadi tinggi kalau pembayaran hutang adalah tinggi bila dibandingkan dengan pendapatan bersih kita.
Ini adalah salah satu indikator buat pihak bank untuk kenal pasti, yang kita mungkin buat pinjaman melebihi kemampuan pembayaran balik.
Apa yang akan jadi bila jadi macam ni?
Kalau ini berlaku, bank akan anggap kita sebagai peminjam yang berisiko tinggi.
Kadar DSR biasanya adalah 30% daripada pendapatan bersih kita.
Tapi, ada juga bank yang bagi pinjaman dengan kadar DSR 70 hingga 80%.
Nak turunkan kadar DSR korang? Kita kena kurangkan jumlah hutang, atau tingkatkan jumlah pendapatan.
Selain menilai kadar DSR, bank juga akan menilai sejarah kredit dan profil risiko, buat pemeriksaan latar belakang, dan segala hutang yang kita pernah buat dulu dan sekarang.
Buat 6 cara ini untuk tinggikan potensi bank luluskan loan rumah anda.
Cara #1: Kurangkan jumlah hutang anda.
Kita boleh buat ini dengan membayar balik segala hutang yang ada secepat mungkin. Ini termasuk hutang bank dan bukan bank.
- Hutang bank: Pinjaman rumah, loan kereta, pinjaman peribadi, kad kredit, dan lain-lain.
- Hutang bukan bank: Loan PTPTN, sekuriti pinjaman, program kerajaan, dan lain-lain.
Baki kad kredit yang tinggi dan pinjaman PTPTN akan buatkan kadar DSR kita tinggi.
Kita ada kemungkinan tinggi untuk disenarai hitamkan oleh bank dan tak payah pelik bila permohonan pinjaman yang dibuat banyak kena reject, kalau tak bayar balik pinjaman PTPTN.
Kalau tak bayar hutang bukan bank pun, sama juga. Perkara ini akan di rekod dalam CCRIS dan CTOS kita.
Cara #2: Ada sejarah skor kredit yang ohsem.
Sejarah kredit adalah petunjuk serta bukti supaya pihak bank melihat kita sebagai pembayar hutang yang baik atau sebaliknya.
Bank akan merujuk 2 sumber utama ni bagi memeriksa sejarah kredit kita:
a) CCRIS.
Laporan CCRIS akan tunjukkan rekod terkini dalam tempoh 12 bulan, dan mengandungi 3 kategori transaksi utama:
- Pinjaman tertunggak.
Termasuk jumlah yang belum dijelaskan, had, kelakuan pembayaran, dan segala status sah.
- Akaun perhatian khusus.
Akaun seperti pinjaman tak berbayar (NPL), atau “Jadual Pengurusan Perhutangan Khas” akan mendapat perhatian khas.
- Pinjaman / permohonan kemudahan kredit.
Merekod segala pinjaman jika diluluskan dan ditolak.
- Apa yang patut kita elakkan:
- Membuat pembayaran lewat atau langsung tak buat sebarang bayaran,
- ada komitmen kat pelbagai jenis pinjaman atau permohonan kredit,
- mempunyai kadar kredit yang tinggi untuk kad kredit atau overdraf. Ini akan jadi bukti yang kita lemah dalam pengurusan kewangan.
P/S: Kita boleh cetak laporan CCRIS dengan percuma kat Bank Negara atau menghantar borang permintaan.
b) CTOS.
Rekod CTOS kita akan disimpan untuk satu tempoh masa.
Dan maklumat dalam rekod CTOS kita boleh jejaskan permohonan pinjaman kita, termasuk:
- Maklumat kebankrapan,
- tindakan undang-undang yang diambil,
- jadi penjamin dan loan itu gagal dibayar,
- bil-bil yang belum dijelaskan untuk segala langganan atau perkhidmatan. Rekod ini boleh diserahkan oleh syarikat swasta seperti utiliti dan Telco.
Apa yang kita perlu periksa:
- Semua maklumat peribadi kita haruslah tepat dan benar,
- semua rekod terkini perlu tepat dan betul,
- kita tak dikenakan tindakan undang-undang,
- maklumat perniagaan kita harus dicetak dengan tepat,
- kita kena maklumkan kat CTOS dengan segera kalau terdapat mana-mana tindakan undang-undang atau pembayaran yang telah kita jelaskan, tapi status itu belum dikemaskini.
P/S: Kita boleh dapatkan laporan ini dengan buat pembayaran yang kecil saja.
Kita tak payah risau kalau bayar balik segala hutang tepat pada masa dan jumlahnya.
Tapi, adalah lebih baik untuk periksa CCRIS dan CTOS kita dari masa ke semasa.
Kalau kita ada masalah dengan CCRIS dan CTOS dan baiki 2 perkara ini sebelum buat permohonan pinjaman yang seterusnya.
Cara #3: Mula cipta rekod kredit sekarang.
Tak ada sebarang sejarah kredit adalah seteruk seperti mempunyai sejarah kredit sejarah yang lemah.
Permohonan kita kemungkinan yang besar akan ditolak oleh bank, sebab mereka tak ada sebarang bukti yang kita adalah pembayar hutang yang baik.
Ini bagus untuk dibuat, terutama sekali untuk siswazah atau peminjam kali pertama.
Kalau korang tak pernah buat, boleh mula apply kad kredit sekarang.
Dan pada masa yang sama, pastikan baki kad kredit sentiasa rendah dan buat pembayaran penuh setiap bulan.
Kalau tak boleh buat pembayaran penuh, kita boleh cuba bayar sebanyak mungkin.
Cara #4: Pastikan baki kad kredit sentiasa rendah.
Kalau baki ini tinggi, bank akan persoalkan kita kenapa ada banyak hutang serta menganggap kita tak pandai uruskan kewangan dengan baik.
Cara #5: Tunjukkan bank yang kita ada simpanan.
Bank lebih suka bagi pinjaman kat orang yang ada duit simpanan.
Sebab bank melihat orang macam ini ada kemampuan untuk bayar balik pinjaman yang dibuat.
Dan ia termasuk semua jenis deposit tetap, pinjaman, bon, atau lain-lain.
Kita perlu pastikan untuk serahkan dokument terkini bila buat permohonan pinjaman.
Kalau tak, memang ada potensi tinggi permohonan korang gagal.
Cara #6: Gabungkan pendapatan.
Salah satu cara untuk tingkatkan DSR kita adalah dengan gabungkan pendapatan dengan pasangan semasa buat rayuan untuk pinjaman rumah.
Satu lagi. Pastikan korang berdua faham hak masing-masing (berdasarkan perundangan) tentang hartanah itu.
—
Tak bermakna skor kredit atau DSR korang bagus, confirm loan korang boleh lulus dan tak ada sebarang risiko kewangan.
Yang paling penting, kita bertanggungjawab mengawal perbelanjaan supaya tak melebihi kemampuan setiap masa.
Pada masa yang sama, sentiasa tingkatkan pendapatan sebagai usaha buatkan bank senang hati bagi pinjaman kat kita. Senang nak tambah koleksi rumah nanti.
From http://gilahartanah.com/permohonan-loan-rumah-senang-lulus
0 comments:
Post a Comment